Tuesday, October 11, 2022

PENGERTIAN PATRIOTISME

 Pengertian Patriotisme. Patriotisme merupakan Semangat cinta tanah air/sikap seseorang yang sudi mengorbankan segala -galanya untuk kejayaan dan kemakmuran tanah airnya.

 

Patriotisme adalah sikap yang berani, pantang menyerah dan rela berkorban demi bangsa dan negara. Patriotisme berasal dari kata "patriot" dan "isme" yang berarti sifat kepahlawanan atau jiwa pahlawan, atau "heroism" dan "patriotism" dalam bahasa Inggris. Pengorbanan ini dapat berupa pengorbanan harta benda maupun jiwa raga.

 

Sekelompok   manusia   yang   menghuni   bumi   suatu negara   wajib   bersatu, mencintai   dengan   sungguh -sungguh,   dan   rela   berkorban   membela   tanah   air negaranya  sebagai  bangsa  yang  merdeka.Patriotisme adalah semangat dan jiwa yang dimiliki oleh seseorang untuk berkorban/rela berkorban demi nusa bangsa atau nagara.

 

Patriotisme sebagai  sebuah keterikatan (attachment) seseorang pada kelompoknya (suku, bangsa, partai politik, dan sebagainya). Keterikatan ini meliputi kerelaan seseorang dalam mengidentifikasikan dirinya pada suatu kelompok sosial (attachment) untuk selanjutnya menjadi loyal.

 

Semoga Beberapa Pengertian tentang Patriotisme diatas dapat memberi manfaat.

Artikel Pada Blog ini kami kutip dari berbagai sumber. Semoga Artikel Tentang Pengertian Patriotisme Dapat Bermanfaat Dan Apabila artikel ini berguna untuk anda silahkan copy paste dengan menyertakan Sumbernya. Kami Mohon maaf yang sebesar-besarnya jika ada Kesalahan Dan Kekurangan Pada penulisan Artikel ini.


 


CERAMAH KOMUNITI : MEMUPUK NILAI PATRIOTISME DALAM KALANGAN GENERASI MUDA

 1) Video ceramah bagi memupuk semangat patriotisme :



2) Video kepentingan semangat patriotisme :


3) video ceramah memupuk nilai patriotisme :

          https://youtu.be/caeAql4BI0o                                    

BERITA MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DAN PATRIOTISME

RENCANA»Minda Pembaca
Selasa, 4 September 2018 | 11:22am


 
 
generasi muda perlu menghayati konsep perpaduan dengan setiap orang menerima keunikan orang lain supaya dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati dan percaya. - Foto hiasan
     
Dalam satu ceramah di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini, saya ditanya ketika sesi soal jawab bagaimana menjadi seorang rakyat Malaysia yang patriotik.

Patriotisme perlu ditanam semasa zaman kanak-kanak lagi kerana apabila kanak-kanak menyukai rumah dan negara mereka, mereka akan membesar dengan menghargai warisan, kepelbagaian dan sejarah mereka, dan berusaha untuk memperbaiki Malaysia dalam semua aspek.

Patriotisme boleh ditanam dalam kalangan pelajar melalui kesedaran, pendidikan dan pengetahuan. Sistem pendidikan harus disesuaikan untuk memupuk rasa bangga dan kepunyaan bangsa.

Rasa kepunyaan ialah unsur penting yang perlu dipupuk dan dipelihara dalam kalangan pelajar. Hanya melalui perasaan kepunyaan, generasi muda Malaysia boleh dibentuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan matang serta pemimpin masa depan negara.

Kanak-kanak kecil boleh dibentuk dengan tidak melihat perkara melalui kanta berwarna. Letakkan anak-anak bersama-sama dan biarkan mereka membesar bersama supaya anak-anak akan dapat mengenali, memahami dan menghayati rakan mereka yang mempunyai warna kulit yang berbeza atau latar belakang keagamaan.

Generasi muda mesti dimaklumkan dengan kepentingan perpaduan, perpaduan sosial dan perdamaian kerana mereka adalah tonggak utama kejayaan dan pembangunan negara. Oleh sebab pelajar adalah pemimpin masa depan negara, penting untuk mereka menjalinkan hubungan lebih rapat walaupun terdapat perbezaan dalam bangsa, budaya dan agama.

Memupuk perpaduan harus bermula di sekolah dengan usaha dapat dilakukan untuk memupuk nilai-nilai keharmonian, perpaduan dan kedamaian antara kaum.

Guru perlu menggunakan kreativiti dan kemahiran mendapatkan pelajar semua kaum mengambil bahagian dalam aktiviti bagi meningkatkan integrasi kaum.

Pelajar perlu mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah dan luar yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain dan membina persahabatan yang berkekalan. Pengetua sekolah dan guru perlu menggalakkan pelajar memahami satu sama lain dengan lebih baik dan saling menghormati antara satu sama lain.

Mereka mesti menjadi penggerak utama transformasi pendidikan kita, bukan sahaja untuk mengajar dan memberikan pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga untuk menyatupadukan pelajar dari pelbagai kaum melalui aktiviti selaras dengan aspirasi Malaysia yang bersatu padu.

Kejujuran
Ibu bapa perlu memupuk dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian mereka untuk memberi inspirasi kepada anak untuk mencontohi kelakuan baik yang akan membantu mereka membina negara yang stabil. Nilai seperti kejujuran, integriti, toleransi, ketekunan, keadilan, menghormati orang tua dan kesedaran sivik mesti dikekalkan.

Selepas 61 tahun kemerdekaan, kita rakyat Malaysia harus lebih bersatu kerana kita berkongsi harapan, aspirasi dan impian yang sama. Kita semua harus bangga mengenali diri kita sebagai rakyat Malaysia. Saya sentiasa percaya untuk menjadi rakyat Malaysia tidak menjadikan orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Bidayuh kurang identiti masing-masing.

Perpaduan dan integrasi negara dapat lebih kuat dan lebih bersemangat menerusi penanaman nilai patriotisme. Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia dapat mengatasi sebarang cabaran apabila rakyatnya bersatu.

Kepelbagaian kita ialah kekuatan kita dan resipi kejayaan dalam mencapai kemajuan dan peningkatan sosioekonomi, serta keupayaan kita untuk mengatasi pelbagai masalah. Rakyat Malaysia yang berbeza etnik, agama dan warna kulit melengkapi antara satu sama lain dan kepelbagaian kita tidak boleh menjadi halangan bagi kita untuk menjalani kehidupan yang bersatu dan harmoni.

Konsep perpaduan

Semua rakyat Malaysia, terutama generasi muda, perlu menghayati konsep perpaduan di bawah 1Malaysia dengan setiap orang menerima keunikan orang lain supaya kita dapat hidup bersama dalam saling menghormati dan percaya. Ini kunci kepada negara yang aman dan kesejahteraan rakyat.

Bangsa dan pembangunan negara tidak akan bermakna jika generasi muda tidak diserapkan dengan nilai-nilai yang sesuai untuk mengisi peranan warganegara dan kepemimpinan hari ini.

Belia mempunyai kuasa untuk mengubah negara menjadi tempat yang lebih baik dan membawa perubahan positif di negara ini. Dilengkapi dengan nilai-nilai yang baik dan positif, mereka dapat mempengaruhi rakan untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Kita perlu memberi peluang kepada anak muda kita untuk membuktikan diri mereka dan untuk mencapai kecemerlangan. Kita juga perlu menanamkan nilai sosial dan moral yang baik di dalamnya untuk menangani konflik secara positif dan menangani masalah yang berkaitan dengan gangguan sosial.

Belia kita mesti mempunyai keupayaan dan mengambil inisiatif untuk menjadi ‘pembina jambatan antara etnik’ untuk meningkatkan hubungan etnik di negara ini dengan meneutralkan politik kebencian, polarisasi kaum dan eksklusif kaum yang nampaknya semakin meningkat sekarang.

Tan Sri Lee Lam Thye
Ahli Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia


USAHA - USAHA MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN PELBAGAI PIHAK DI NEGARA KITA

1. PIHAK SEKOLAH

2. KURIKULUM SEKOLAH

3. KERAJAAN KEMPEN BERTERUSAN

4. PERANAN AGENSI KERAJAAN

5. SURI TELADAN OLEH PARA PEMIMPIN

6. PERANAN IBU BAPA

7. PERANAN MEDIA MASSA

 

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

 

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.

 

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

 

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan dat

Thursday, October 6, 2022

LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN GENERASI MUDA

 Semangat patriotisme ialah semangat cinta akan negara. Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat  Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa semangat patriotisme perlu dipupuk dalam diri generasi muda di negara ini supaya rakyat di negara lain dapat menghormati dan memandang mulia kepada kita. Tambah beliau lagi, semangat patriotisme hendaklah diterapkan dalam diri generasi muda kita kerana budaya ini sudah menjadi sebahagian negara.Terutamanya ,ibu bapa perlu menerapkan semangat patriotisme dalam diri anak-anak untuk menjadikan mereka sebagai generasi muda yang cemerlang dan dibanggakan oleh negara kerana keperibadian generasi kini akan mencerminkan keperibadian negara ini. Banyak langkah  yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri generasi masa kini.

 

            Antara langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri generasi muda ialah bermula dari ibu bapa. Misalnya, ibu bapa perlu sering bercerita tentang tokoh-tokoh pejuang tanah air kepada anak-anak. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat diterapkan semasa anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa haruslah bercerita atau membacakan cerita tentang perjuangan tokoh-tokoh terkenal seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Kenali,Datuk Bahaman dan banyak lagi pejuang tanah air. Ibu bapa perlu mendedahkan jasa-jasa pejuang tanah air dengan memberitahu mereka betapa sukarnya berjuang untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. Selain itu, menceritakan peristiwa orang-orang terdahulu hidup semasa zaman penjajahan. Apabila bercerita ibu bapa perlu menekankan betapa pentingnya semangat patriotisme dalam diri kita. Hal ini dapat dilihat apabila orang terdahulu mengharungi pahit maung dan bertapa sukarnya untuk mendapatkan makanan, hidup dalam kesusahan dan kesengsaraan serta sentiasa dizalimi oleh penjajah. Mereka akan dapat membandingkan keadaan hidup dalam pascamerdeka.

 

   


 

 

                 

 


            Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan lawatan ke tempat bersejarah untuk pelajar-pelajar sekolah supaya menjadi generasi yang mempunyai semangat patriotisme. Terdapat banyak tempat bersejarah di negara kita untuk dikunjungi. Tempat-tempat tersebut merupakan monument yang perlu dipelihara supaya generasi kini akan dapat melihat sendiri dan merasai kesan yang amat mendalam. Sebagai contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota A’ Famosa di Melaka. Sambil melawat ke tempat bersejarah, guru yang mengetuai lawatan tersebut perlu menceritakan tentang kejatuhan Melaka lalu Portugis membina Kota A’ Famosa. Pelajar-pelajar akan dapat melihat kesan peristiwa tanah air dan dapat menerapkan semangat cinta akan negara.pemerhatian mereka terhadap kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk menpertahankan negara daripada ancaman musuh. Contohnya, kunjungan ke tempat bersejarah yang lain seperti Bandar Hilir Melaka yang akan mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris.

 

         

 


        

 


            Tambahan lagi, generasi kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Contohnya remaja kini perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Program ini dipernuhi dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti kawad kaki dan latihan berkumpulan. Program ini juga merupakan gabungan latihan ketenteraan dan memupuk semangat patriotik  kepada mereka ke arah cinta akan negara. Pelatih-pelatih akan dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti tanggungjawab, kerjasama dan hormat-menghormati. Pelatih akan bercampur gaul dengan pelatih lain yang berbilang kaum, budaya dan agama yang berbeza. Hal ini akan dapat memupuk semangat perpaduan yang merupakan elemen yang penting dalam semangat patriotik seperti pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Di samping itu, program ini akan dapat melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan dan kedaulatan negara.

 

            Seterusnya, ibu bapa perlu sering membawa anak-anak menyambut hari kemerdekaan. Ibu bapa dan anak-anak perlu melihat atau menyertai sambutan di kawasan setempat atau ibu bapa mengajak anak-anak menyaksikan kemeriahan kemerdekaan di televisyen. Hai ini demikian akan dapat menjadi medium yang sangat  berkesan untuk menyermai rasa cinta akan negara dalam sanubari meraka. Di samping menyaksikan kemeriahan kemerdekaan akan dapat mengimbas kembali nostalgia dan memori sewaktu negara dijajah melalu nukilan puisi-puisi, sketsa, novel-novel kemerdekaan terbit di hati meraka semangat biar patah tulang, jangan putih mata. Ibu bapa juga perlu menerangkan kepada anak-anak nikmat menjadi anak pascamerdeka dan bersyukur kerana diberikan keamanan dan kedamaian.


            Terakhirnya, memupuk semangat patriotisme perlu dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian dapat melahirkan generasi yang mempunyai rasa cinta akan negara dan menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan juga negara. Peranan semua pihak sangat penting untuk menerapkan semangat patriotik dalam diri generasi muda. Contoh yang baik akan diikuti oleh orang ramai. Bak kata pepatah bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.   

 

 

 

PENGERTIAN PATRIOTISME

  Pengertian Patriotisme. Patriotisme merupakan Semangat cinta tanah air/sikap seseorang yang sudi mengorbankan segala -galanya untuk kejaya...